Saturday, April 19, 2008

Warkah Untuk PM - Tidak ada makna jika jabatan yang berkaitan tidak bekerjasama

Sebelum PRU12, Warkah untuk PM yang disarankan oleh jabatan PM memang menarik perhatian saya. Memang inilah peluang bagi rakyat yang sekian lama tidak dapat menyampaikan perasaannya kepada PM secara terus.

Pada saya ini memang peluang keemasan saya untuk mengemukakan pandangan dan masalah2 sosial yang dihadapi oleh penghuni Sg Buloh sekian lama. Email saya dibalas setelah 2 hari warkah disampaikan kepada alamat email Warkah untuk PM. Hati saya berasa sungguh lega, kerana masalah2 kami yang sudah kian lama dihadapi oleh kami, akhirnya ada peluang untuk dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Pada awal bulan April, saya menerima satu lagi email dari BPA, Jabatan PM, seperti di bawah:



"Rujukan : WUPM/BPA/SUK SEL/0103

Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,


WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI: ADUAN TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM

E-mel Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bertarikh 18 Mac 2008 adalah berkaitan.

2. Bersama ini dikemukakan aduan yang berkaitan dengan Jabatan Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan. Pihak Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan dikehendaki mengemukakan maklum balas secara TERUS kepada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja mulai dari tarikh e-mel dihantar.

3. Sila pastikan setiap maklum balas berkenaan disalinkan kepada http://us.f528.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=wupm@bpa.jpm.my dan info@warkahuntukpm.com.my.

Sekian, terima kasih.



(Zaleha bt Mohamed)
b.p Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri"



Saya sungguh berterima kasih kepada pihak Jabatan PM akan usaha mereka untuk menyelesaikan atau menjawab soalan dan aduan kami, tetapi malangnya, sekali lagi nampaknya Kerjasama daripada jabatan2 yang bertanggungjawab memang tidak mengambil tahu akan arahan dari Jabatan PM, tempoh 3 hari sudah berlalu, tidak ada apa2 tindakan atau email daripada pihak2 berkenaan. Apa sudah jadi??? Mengapa arahan dari Jabatan PM juga tidak dihiraukan oleh pegawai2 yang bertanggungjawab!!!! Pada pandangan saya, Jabatan PM perlu mengambil tindakan tatatertib yang keras ke atas pegawai2 yang bertanggungjawab ini. Kalau tidak, PM memang susah untuk menadbir negara ini!!!

Sekarang harapan saya sudah semakin lenyap, dan kepercayaan kepada Jabatan PM bahawa masalah penghuni Sg Buloh dapat diambil perhatian yang serius sudah hilang sama sekali. Baru saya sedar, mengapa keputusan PRU12 yang lepas BN boleh hilang 2/3 majoriti!!!!!!

No comments: